Aefanasha

Welcome to Aefanasha's home...'Journey of Life' "Allah menguji manusia itu dengan kenikmatan dan keperitan...ada kala kita merasainya serentak dan redhailah ujian-Nya krn pasti akan hadir hikmah di sebalik yang tersirat itu. Segalanya kuterima..."

My Clock (ASSALAMMUALAIKUM W.B.T)

Belum terlambat mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang meraikannya. Maaf zahir dan batin. Yang dekat diraikan yang jauh diingati. Amalan kunjung mengunjungi sesama muslimin tak kiralah di mana-mana saja pasti dilakukan oleh semua. Semoga hubungan silaturrahim makin erat dan mesra sepanjang zaman.
**Sedikit kisah ttg Aidilfitri**
Hari ini Ifa ingin bercerita tentang kenangan manis berhari raya bersama ahli keluarga. Mungkin pelik bunyinya tapi pada tahun ini ifa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana emak dapat meraikan hari raya pertama bersama kami sekeluarga. Emak yang bekerja di syarikat swasta jarang dapat cuti pada hari raya. Jika emak tak dapat cuti, Ifa adalah 'ibu' kepada adik2 yang tiga itu untuk memastikan segala urusan pada pagi syawal berjalan lancar. Adik yang bongsu lah paling kasihan kerana terpaksa berdepan kakak-kakak yang bermacam-macam ragam terutama pada waktu pagi. Pasti riuh rendah juga rumah walaupun pada suatu ketika terdengar rintihan adik2 berasa sedih. Namun, Ifa sering mengingat diri dan adik2 bahawa kita patut bersyukur kerana petang nanti emak dan abah pasti akan pulang juga. Kita harus melihat jiran2 dan orang lain yang mungkin nasibnya jauh lebih teruk daripada kita. Alhamdulillah, adik2 Ifa memahaminya walaupun pasti ada rasa sebak di dada.
Pada tahun ini, Ifa hanya beraya secara sederhana dan tak pulang ke Langkawi iaitu rumah nenek tersayang. Ifa juga tak beraya di rumah keluarga angkat abah di Alor Star pada hari pertama Aidilfitri kali ini. Kami menggunakan sepenuhnya masa untuk beraya sekeluarga kali ini. Emak, Ifa, dan adik pergi mengunjungi rumah jiran dan sanak saudara di sekitar rumah.
Setiap kali Aidilfitri, Ifa pasti pergi ke rumah tok guru yang pernah mengajar Ifa mengaji al-Quran. Amalan tradisi Ifa adalah wajib membawa bersama sepinggan kuih raya ke rumah tok guru pada hari raya. Seingat Ifa tradisi ini telah Ifa amalkan sejak kecil lagi. Abah akan pastikan Ifa bawa kuih. Kini, atas kesedaran sendiri pula kerana Ifa akan rasa sangat tak selesa dan luar biasa jika ke rumah tok guru tanpa sepinggan kuih raya. Ifa pasti akan bawa kuih raya bukan bihun sup, laksa, nasi lemak, atau apa-apa saja. Itulah yang Ifa sendiri hairan dan tertanya2. :)
Aidilfitri kali ini amat bermakna kerana Ifa dapat mengunjungi seorang ustaz. Beliau pernah mengajar Ifa(SPM 2002). Akhirnya Ifa dapat bertemu dengannya setelah terputus hubungan(mcm jejak kasih pula, huhuhu...) Ustaz masih mengenali Ifa dengan nama penuh pula tu. I'm so happy and shocked! Ifa diraikan dengan penuh gembira oleh ustaz sekeluarga. Walaupun Ifa tak lalu makan mi kuah, Ifa berselera pula di rumah ustaz. Hairan..hairan.. :-? Ustaz masih seperti dulu, suka menyakat anak didiknya, suka mengusik, dan sentiasa membimbing walaupun ketika pertemuan kali ini...Ustaz kata...Inilah anak murid yang paling "diam"(bising) dlm kelas. Hahaha....ustaz, ustaz..! Sebelum pulang..."ni dah tau rumah mai la lagi nanti, bila-bila senang mai la"... Ifa hanya mengiyakan dengan sekuntum senyuman & Insya Allah :-) Pesanan daripada ustaz sekeluarga. Terima kasih, ustaz..! I do appreciate you...
Dalam gembira pasti ada duka. Ifa sedih kerana tak pulang ke kampung bapa... Insya Allah ada peluang Ifa pasti akan pergi sana.
Ifa juga menerima tetamu yang turut menumpang kasih dan beraya bersama Ifa sekeluarga. Teman-teman(USM) dari Sabah datang beraya dan bermusafir selama tiga hari. Mereka tak dapat pulang ke kampung halaman. Mereka melahirkan rasa gembira & syukur krn dapat merasai suasana beraya di kampung walaupun keluarga Ifa tiada pengalaman mengacau dodol. Hehehe... :^) Lebih baik dari meraikan Aidilfitri seorang diri di desasiswa masing-masing.
Pada 29 Sept.09(Selasa) Keluarga MISDEV09 telah mengadakan majlis hari raya secara kecil-kecilan namun tetap 'happening'... Beraneka kuih raya dibawa oleh semua pelajar. Alhamdulillah, murahnya rezeki kami. Mmm, Kenyang..! Terima kasih kepada semua pihak yang hadir pada majlis tersebut.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

1 comments:

Alhamdulillah.. hasrat cik Eifaa bertemu ustaz tersayang akhirnya tercapai. =)

Post a Comment