Telah lama tidak mencoret rasa suka duka mahupun segala kisah kerana beberapa sebab, jadi hari ini Ifa luangkan masa. Tamat sudah(12 Nov.09) peperiksaan semester pertama sesi akademik 2009/10 bagi pelajar MISDEV dan juga pelajar di USM. :)
Bercerita dulu tentang hari lahirku pada 25 Okt.09 yg lepas. Ifa tak pulang meraikan di kampung bersama keluarga kerana sibuk sedikit dengan persediaan proposal disertasi utk dihantar kpd Dr. Zaini. Seperti tahun2 lalu, Ifa akan meraikan bersama mak dan abah walaupun hanya sekadar minum kopi bersama-sama tapi tetap meriah dan gembira. Kali ini Ifa diraikan oleh Inke, Puti, Shikin, dan Aimi dengan penuh kejutan sehingga Ifa kaku melihat kemunculan kek (sememangnya teruja sbb Ifa 'hantu kek') Terima kasih teman-teman sekalian. Ifa begitu gembira dan pastinya menjadi kenangan amat indah utk diabadikan dalam hidup.Apakah hadiah hari lahir Ifa??? Itulah selalu ditanya oleh semua orang....hehehe...apa Ifa nak jawab? Susah hati nak menjawab persoalan ini. Biarlah rahsia...ups...bolehkah begitu? Sebenarnya sebab tiada apa hadiah pun... huhuhu...!(Percaya tak???)
Sekian dahulu kisah untuk coretan kali ini...erm..skemanya!! macam tulis surat kepada seseorang...haha...apa-apa saja lah. Asalkan lain kali kita berjumpa lagi...Insya ALLAH.
P/S Dan untuk perancangan cuti semester kali ini, Ifa memang ada banyak perancangan...apakah akan benar2 tercapai, Insya ALLAH. Ifa teringin nak pergi berjalan2 ke Kelantan dan Terengganu tapi...@$#%^*&%$#@!@#
Islamic Calendar

Asmaul Husna

Welcome
Nuruleifaa Noordin
** Pelajar Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam)-MISDEV09, Universiti Sains Malaysia, P.Pinang.
** Anak jati Kedah Darul Aman @Langkawi & Pendang, Kedah.
** Puteri sulong drp 4 adik-beradik
** Lebih mesra sebagai Ifa dlm kalangan kenalan
** Saya gemar mengumpul resepi terutamanya biskut dan kek sejak kecil, suka melihat pemandangan terutamanya pantai dan lautan (menghayati indahnya ciptaan Allah S.W.T), suka beraktiviti di gimnasium, dan banyak lagi aktiviti yang suka dilakukan apabila mempunyai kelapangan. Namun, Ifa kurang suka berhadapan dengan skrin komputer dan laptop.
** Makanan kegemaran Ifa ialah laksa tetapi sekarang jarang sekali makan. Kini, lebih suka makan salad, grilled fish, fillet o fish, dan apa-apa sahaja yang berasaskan makanan laut. Walaupun suka makanan Barat, Ifa amat menggemari ikan pekasam kerana sungguh enak walaupun dimakan begitu saja ;)
Bersyukur ke hadrat Illahi krn mengurniakan kemampuan akal fikiran dan peluang utk berada di menara ilmu ini. Semestinya ini cita-cita Ifa sejak kecil. Terima kasih kepada yang dikasihi iaitu ibu bapa, penjaga tersayang, ahli keluarga, pensyarah, guru, dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kpd Ifa.
Ifa bersyukur krn Allah S.W.T memberikan rezeki dan 'anugerah terindah' yang tak mungkin Ifa persiakan selama hayat ini, Insya Allah. Hmm... apakah 'anugerah terindah' drp Allah itu? ;)
Biarlah Allah menentukan segalanya krn kita hanya mampu merancang.
Semoga laman ini menjadi medan perkongsian informasi, menjana idea, mengasah bakat, melatih diri dlm penulisan, dan sebagainya. Wassalam.
Blog Archive
LINK LIST
my heart
- academic (1)
- islamic development (1)
My Clock (ASSALAMMUALAIKUM W.B.T)

Alhamdulillah, kereta yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari telah dibaiki walaupun masih belum lengkap sepenuhnya lagi. Ifa pulang baiki kereta di Kedah kerana telah biasa dengan sebuah kedai servis kereta di Alor Star. Harganya agak murah berbanding di Pulau Pinang ini. Selain itu, alasan untuk balik ke kampung bertemu keluarga yang dirindui selalu. Walaupun agak dekat dengan Pulau Pinang, Ifa masih jarang pulang ke kampung.
Ifa juga sudah lama tak menaiki bas awam. Tak sangka semasa pulang ke kampung pada hari Sabtu yang lalu Ifa dapat menaiki bas dari Shahab Perdana ke Pendang. Dalam perjalanan lebih sejam itu terasa begitu cepat pula masa berlalu. Melihat indahnya pemandangan negeri jelapang padi yang kaya dengan sawah padi...nun..hijau mata memandang begitu mengujakan.
Hmmm... Fikiran ini melayang jauh sekali sepanjang perjalanan tersebut. Memanglah satu hobi Ifa adalah berangan-angan walaupun memang tahu tak baik angan kerana nanti jadi suatu pekerjaan yang sia-sia. Emak juga selalu berpesan begitu. Namun, Ifa ada alasan dan pegangan tersendiri tentang berangan-angan ini.
Sejak dari kecil perangai berangan-angan ini sudah dipraktikkan kerana Ifa suka melihat pemandangan. Semasa melihat itulah, fikiran akan melayang jauh dan fikirkan tentang pelbagai perkara. Sudah tentulah melihat indahnya ciptaan Allah S.W.T ttg alam ini. Ifa tetap mengakui bahawa tak baik untuk bersikap begitu tapi kerana angan-anganlah Ifa berada di bumi USM ini.
Oh ya, seperti dah berlari topik pula pada perenggan terdahulu...
Hmm......Sebaik saja bas berhenti di Pekan Rabu, Ifa tiba-tiba jadi sangat hiba. Kenapa perasaanku seperti terlalu sebak di perhentian ini???
Rupa-rupanya, Ifa seolah 'ternampak' Ifa sedang menunggu bas di tempat duduk hentian itu beberapa tahun lalu. Terlalu banyak kenangan di Pekan Rabu ini. Kenangan semasa Ifa masih tak mampu untuk menjadi seperti hari ini, Ifa pernah bekerja sebagai jurujual di beberapa butik yang terletak di City Point, A.Star pada usia yang begitu muda. Demi membuktikan bahawa Ifa takkan mengalah dengan kesusahan hidup, Ifa tabahkan diri hadapi segalanya. Ifa bersyukur dengan apa-apa yang ada dan segala anugerah Allah kpd Ifa. Kisah masa lalu itulah yang mendidik Ifa menjadi berdikari dan sentiasa berhati-hati. Kisah lalu itulah yang menjadikan diri ini bercita-cita.
Sikap orang kita suka memandang rendah kpd seseorang bahawa seolah tiada lagi peluang utk ia maju dalam hidup banyak memberi pengajaran kpd Ifa. Semua itu Ifa alami ketika bekerja di butik yang dimiliki oleh seorang usahawan wanita. Entahlah, mungkin kita hanya lepasan sekolah maka kita sering dipandang rendah dan dimalukan sesuka hati. Adakah ini sebagai kategori baik sangka dan buruk sangka???
Seperti kata Prof.Muhammad Syukri, baik sangka dan buruk sangka tak sepatutnya ada dlm diri kita. Walaupun kita baik sangka kemungkinan kita boleh jadi buruk sangka pada masa sama. Sebab itu, Ifa berharap Ifa tak menjadi seorang yang memandang buruk sangka kpd orang lain baik kpd yang setaraf, lebih bertaraf, atau yang lebih rendah taraf tanpa kira apa-apa segi sekalipun. Ya Allah ampuni daku...! Ifa suka berkawan dengan semua, Insya ALLAH.
Di hentian bas Pekan Rabu jugalah menjadi tempat Ifa berangan-angan semasa menunggu bas selama kadang-kadang hampir dua jam. Biasalah bas awam memang begitu. Kita kena tunggu bas bukan bas tunggu kita. Teringat pula...' Ilmu itu bukan ditunggu tapi penuntut yang menunggu ilmu itu'. Lebih kurang begitulah bunyinya.
Begitulah kenangan semasa menaiki bas beberapa hari lalu. Selain itu, telefon Ifa juga telah jatuh dan hilang semasa hendak turun di perhentian bas Pendang. Puas Ifa mencari tapi memang tiada rezeki. Pastinya peristiwa itu amat beri kesan kepada Ifa selepas sekian lama tak naik bas awam. Mungkin juga kerana kecuaian diri ini.
Apapun, setelah tiba di rumah, Ifa rasa gembira kerana dapat berbuka dengan nasi goreng yang telah dimasak oleh emak. Kalau di USM ni, memang susah selera ini untuk 'jatuh hati' dengan nasi.hahaha....tapi sebab emak yang masak(emak memang jarang masak sebab seluruh famili telah biasa dengan air tangan seorang bapa!) Ifa makan juga.Alhamdulillah kenyang...sangat.Terima kasih emakku sayang...!
Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pd bulan Ramadhan penuh keberkatan ini.Pada setiap kali menjelangnya bulan mulia ini, Ifa pasti tak lupa akan sebuah kisah yang boleh dijadikan pengajaran untuk sepanjang hayat ini….
Mmmm….Sedapnya oren F&N tu…!
Pada suatu hari sabtu bulan Ramadhan 2002 yang lalu, dua orang gadis baru saja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Mereka dikenali di sekolah dgn nama Zizi dan Fafa.Oleh sebab baru mendapat lesen motor maka mereka berhajat untuk ke sekolah mengambil buku teks yang tertinggal di asrama sekolah dengan bermotosikal.Lebih kurang jam 12.00 tgh hari, selesailah membeli-belah di pasar tani berhampiran sekolah.Antara barangan yang dikirim oleh bapa Fafa adalah air oren bikarbonat F&N.Cuaca pada hari itu panas sekali.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, lebih kurang 6km kedua-dua sahabat ini bercerita tentang pelbagai perkara. Antaranya peperiksaan terakhir SPM iaitu mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah tentang puasa, cuaca yang panas, balasan Allah kpd umat Islam, ganjaran kpd mereka yang berpuasa, niat…
Sebagai remaja, tak terlepas untuk perkara nakal walaupun tahu hukumnya tapi masih terdetik pula suatu perkara di minda mereka....tentang niat!...
“Panasnya cuaca tengah hari ini, kalaulah dapat minum air oren tu kan sedap…,hehehe”
“Fafa, niat nak ke... saja main-main tu???....hmm hmm…erm….&^%$$##@@...
Tak sangka kedua-duanya begitu berminat dengan air oren tu…sampai mereka sanggup berangan-angan untuk cari tempat lapang untuk ****…!Masya Allah…Tapi…nak **** dgn air oren ni?...tanya FaFa kpd Zizi.
Belum sempat menjawab soalan itu, tiba-tiba….gedebushhhhhh….!!!!......%$^$##$^%$##@!!!#$$%%...
Nak tahu kenapa???...
Kedua-dua sahabat itu telah dilanggar kereta di simpang kedua sebelum sampai di kampung mereka.Orang kampung membantu dan pemandu kereta tadi membawa mereka ke klinik swasta di pekan berkenaan.
Pemandu kereta bertanya kepada Fafa dan Zizi nak minum atau tidak sebelum makan ubat yang tlh diberikan oleh doktor.Fafa dan Zizi pun terdiam kerana mereka malu untuk minum di klinik itu walaupun sedang menahan sakit.Fafa dan Zizi cuba bercerita sesama mereka tentang peristiwa sebelum kemalangan itu.
Beberapa minit kemudian, bapa Zizi datang ke klinik untuk menjemput mereka lalu terus menghulurkan dua botol air….serentak mereka berkata, ”hah, apa???”.
Terkejut lagi Fafa dan Zizi kerana air yang sedang dihulurkan itu adalah air oren F&N…!!! Fafa dan Zizi berpandangan antara satu sama lain…sambil tersenyum dan pipi kemerahan kerana malu dgn diri sendiri dan menahan kesakitan.
Dalam diam…mereka berbisik bahawa Allah itu Maha Agung. Bulan Ramadhan juga bulan yang mudah diperkenankan segala hajat umat-Nya dan barang siapa yang berbuat sesuatu pasti akan dapat balasan atau pahala setimpal. Hal ini ternyata apabila Dia memberi kita dua perkara. Kita dapat minum air oren tapi pada masa sama kaki dan tangan luka serta bengkak akibat kemalangan sebentar tadi. Adakah disebabkan oleh niat atau kata-kata yang terkeluar dari Fafa dan Zizi…? Mereka terfikir benarlah kata ustaz Muhammad Zakaria(ustaz kesayangan Fafa)…kita kena menjaga setiap tutur kata pada bulan Ramadhan ini bimbang menjadi niat tanpa kita sedari.
Kedua-duanya teringat kpd satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim…’Dari Amirul Mukminin Abi Hafs Umar bin al-Khattab r.a beliau berkata,”Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya semua amalan diukur dengan niat, sesungguhnya setiap orang dinilai mengikut niatnya. Sesiapa berniat berhijrah semata-mata kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berniat hijrahnya kerana keduniaan, dia akan hanya dapat faedah-faedah keduniaan, atau berniat hijrahnya untuk mengahwini perempuan, maka hijrahnya mengikut apa-apa yang diniatnya”.
Kesimpulannya, pada bulan ini hamba-Nya akan diuji dengan pelbagai ujian. Namun, pada bulan lain pun masih diuji juga tetapi bulan Ramadhan sangat banyak peristiwa penting telah berlaku dalam sejarah Islam seperti turunnya al-Quran.
Dan bagi Ifa, peristiwa air oren F&N itu sentiasa abadi dalam ingatan. Seperti pesan Prof. Muhammad Syukri dlm tazkirah yang lalu, kita mesti berpuasa dengan tiga perkara…dan salah satu daripadanya ialah berpuasa tujuh anggota(mata, telinga, mulut, perut, hati, kaki & tangan). Semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T dengan penuh keredhaan. Amin…
P/s: Cerita ini adalah pengalaman dua insan tetapi nama mereka diubahsuai. Segala kekurangan dan kekhilafan, Ifa memohon maaf. Cerita ini adalah sebagai renungan bersama dan luahan isi hati Ifa semata-mata. SELAMAT BERPUASA.
Assalamualaikum…dan salam sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….Bersyukur ke hadrat Illahi krn Ifa dapat keizinan drp Allah untuk menyediakan laman blog ini.Terima kasih kpd Prof.Muhammad Syukri Salleh memberi galakan dan rakan-rakan yang sudi membantu dalam menyiapkan laman tidak seberapa ini.Ifa berharap agar dapat berkongsi ilmu pengetahuan untuk memperbaiki mutu penulisan, pengolahan, dan penjanaan idea dalam arena ini.
Sekian, terima kasih.