Aefanasha

Welcome to Aefanasha's home...'Journey of Life' "Allah menguji manusia itu dengan kenikmatan dan keperitan...ada kala kita merasainya serentak dan redhailah ujian-Nya krn pasti akan hadir hikmah di sebalik yang tersirat itu. Segalanya kuterima..."

My Clock (ASSALAMMUALAIKUM W.B.T)

Hari berganti hari... kini telah sebulan cuti semester berlaku. Ifa tidak berbuat apa2 pun. Bertanyakan kawan2, kebanyakan sedang sibuk menyiapkan kerja2 untuk disertasi. 'Field work'... Ifa pula apa dah terjadi...? Semua ditinggalkan tanpa berpaling lagi. Buang masa, membazir masa, dan apa2 saja yang semakna dengannya...sesuai sekali Ifa kaitkan dgn sikap diri ini. Aduh...apa dah jadi..wahai gadis bernama aefa...?

Sesungguhnya pelbagai perkara telah Ifa lalui... sukar untuk diluahkan kpd sesiapa. Namun, cukuplah sekadar menyatakan bahawa Ifa sedang diuji Allah S.W.T. Alhamdulillah, Ifa berusaha kuatkan semangat, cekalkan hati, tekunkan usaha, dan melatih diri menjadi seperti Ifa inginkan. Semua hamba Allah akan terus diuji. Oleh itu, sebagai hamba-Nya, kenalah berprasangka baik terhadap Allah, diri sendiri, dan sekeliling kita. Teringat lagi pada pesanan Prof. yang sedang berada di bumi Jeddah (semoga dalam Rahmat-Nya) 'berprasangka baiklah kpd Allah S.W.T' dalam apa2 juga situasi. :)

Apabila melihat banyaknya hadiah2 drp insan tersayang untuk memastikan Ifa hidup selesa dan tidur nyenyak... Tak perlu berpanas, berhujan dan lapar, berstamina dan sikitpun tidak boleh ada luka2, calar, mahupun ruam2 kerana kulit Ifa yg sangat sensitif, Ifa berasakan semua itu adalah anugerah Allah S.W.T walaupun melalui seorang manusia biasa (terkenang lagi cerita Prof. Allah mengutuskan apa2 saja melalui apa2 saja kepada kita). Ifa maksudkan bahawa apabila Allah ingin menguji atau mengingatkan kita ttg sesuatu, Allah 'wakilkan' melalui sesuatu. Oleh itu, kita kenalah terima dengan redha dan sentiasa berfikir segala yg berlaku. Pernahkah kita merasakan bahawa kita tiba2 terkesan dgn sesuatu peristiwa? Hmm...berbelit2 pula ayat ini. Tujuan utama perenggan ini ialah Ifa gembira dengan hadiah yg diterima. Pada masa sama, Ifa masih risau kerana di situ letaknya harapan. Ifa mengerti bahawa Allah menguji diri agar kembali kepada-Nya(sentiasa redha).

Walau bagaimanapun, dalam diam Ifa sedang menguruskan aktiviti yg akan diadakan pada bulan depan. Sekiranya tercapai barulah Ifa akan ceritakan pengalaman itu nanti. Semoga Allah menerima hasrat murni Ifa krn Ifa berbakti krn Allah S.W.T dan agama. Di samping itu, Ifa ingin bermuhasabah diri agar diri ini terus gigih.

P/s: luahan hati ini tiada terniat apa2...melainkan utk pengajaran. >> Segalanya kuterima.

Sudah lama diri ini tak pulang ke kampung tokwan tersayang... Kali terakhir bertemu semasa tamat belajar Bachelor dulu...kini dah semester kedua belajar Misdev.

Semasa Ifa pulang ke Langkawi tokwan sdg sakit tenat di sana dan apabila Ifa tiba sahaja, alhamdulillah hari kedua Ifa nak melawatnya, beliau telah dibenarkan pulang...sebetulnya, tokwan menanti Ifa yg sedang berjuang dlm peperiksaan akhir semester di USM.Hari keempat Ifa baru dpt pulang menjenguk tokwan tapi hari kelima dah dpt bawa pulang beliau dari hospital ke rumahnya...Alhamdulillah.

Kenapa pentingnya tokwan dlm hidup Ifa...? Setiap kali ada peperiksaan kpd tokwanlah tempat Ifa mengadu bila2 masa pun...pasti Ifa akan menghubunginya... walaupun dah hampir 3pg...Ifa mesti akan menghubunginya semata2 kerana kegelisahan yg Ifa tanggung utk hadapi peperiksaan selain 'urusan' dengan Allah.Sejak belajar sekolah menengah dulu lagi, tokwan pasti akan beri kata2 semangat utk Ifa jalani hari2 genting itu. Tokwan tetap memahami subjek yang Ifa ambil walaupun pada zaman pengajiannya tiadalah subjek moden spt masa kini.Maklumlah kehidupan semasa penjajahan British dan Jepun...dulu tentulah berbeza seperti hari ini, kan.Oleh sebab Ifa kurang suka makan nasi, apabila nak periksa saja tokwan akan pesan kena makan nasi baru boleh jawab nanti. Itulah pesanan yang takkan mungkin Ifa lupa sehingga bila-bilapun.

Beberapa hari lepas adik Ifa telah menghubungi Ifa dengan menyatakan Tokwan sedang sakit dan sangat sedih melihat keadaannya. Walaupun ada kemudahan untuk bertelefon tapi masih susah untuk berbual dengannya kerana telefon bimbit tak pernah ada di tangan tokwan. Ada saja pihak yang memegangnya. Sebagai manusia biasa, tentulah Ifa mesti tidak buruk sangka. Apapun, suatu masa Ifa pasti akan menjenguk tokwan. Insya Allah. Ifa doakan tokwan sihat sejahtera kerana tokwan adalah orang penting untuk Ifa dalam mengejar cita-cita ini selain mak dan abah serta penjaga tersayang.

Ifa tahu sekiranya tokwan ada kekuatan, pasti tokwan akan datang menjenguk Ifa di kampus ini setiap kali tokwan datang ke Pulau Pinang. Tokwan faham situasi Ifa sebagai pelajar. Paling Ifa terharu tokwan pasti akan hubungi Ifa supaya Ifa tahu kehadirannya dan nak ikut Ifa pergi ke mana-mana saja. Dalam diam tokwan merahsiakan bahawa cucu kesayangannya akan berjumpa dengannya di luar pengetahuan teman-teman dan anak saudaranya yang berada bersama ketika itu. Yang pastinya, mereka akan terkejut Ifa tiba-tiba muncul bersalaman dengan tokwan. Itulah kasih sayang tokwan kpd cucu perempuan sulongnya.

Ifa sedang sakit saat ini, Ifa terkenangkan dia. Ifa tahu sakit yang dilanda ini adalah isyarat bahawa Ifa rindu tokwan, rindu mendengar nasihat dan pengajarannya. Walaupun Ifa bukanlah ustazah seperti yang tokwan harapkan, tapi tokwan memahami bahawa dunia Ifa adalah kehidupan yang serba moden. Namun, Ifa haruslah bijak mengatur kehidupan agar diredhai Allah. Cita-cita Ifa tak pernah dhalang oleh beliau asalkan masih dlm redha-Nya.

Dulu, Ifa pernah berjanji dengan tokwan tentang sesuatu... Usia Ifa masih mentah dulu, Ifa sudah dapat tempat di hati tokwan untuk menyimpan segala rahsia keturunan keluarga. Kepercayaannya terhadap Ifa tinggi sekali. Ifa selalu berangan tokwan ada selalu sepanjang kehidupan Ifa. Walau bagaimanapun, Ifa sedar bahawa kehidupan ini bukanlah selamanya di dunia. Namun, Ifa selalu berharap tokwan dapat melihat Ifa dlm pakaian jubah kejayaan beserta segulung Ijazah. Semoga Allah panjangkan usiamu...aku rindu padamu..!

p/s: nukilan ini adalah luahan hati tiada tujuan apa2...segalanya kuterima.

Semester kedua telah bermula... Terlalu menangguh untuk bermadah di sini, Ifa akhirnya ketinggalan begitu lama sekali. Pejam celik, rupanya sudah masuk penghujung bulan Januari.

Fikiran berlegar2 mencari alasan2 tentang mengapa tidak meluah rasa walaupun sekadar sebaris ayat? Fikiran mencari pernyataan masalah tentang isu tersebut? Oh Tuhan...Allah S.W.T Maha Agung, Alhamdulillah, Engkau kurniakan diri ini nikmat akal fikiran untuk berfikir dan memahami segala sesuatu. Namun, Engkau lebih Agung drp segalanya.Aku redha akan segala ujian2-Mu. Tanpa-Mu aku tiada di MISDEV(USM) ini. Minatku, kecenderunganku...tapi Engkau dekatkan diriku ke 'jalan' ini...segalanya kuterima.Engkaulah Tuhan Maha Pengampun Maha Penyayang.

Mengapa ada pernyataan 'Pernyataan masalah' pada perenggan sebelumnya? ;)

Sebenarnya, pagi tadi kuliah drp Dr. Zakaria tentang 'Pernyataan Masalah'. Ifa agak faham dan mungkin akan lebih faham apabila mula mengolah esei nanti. Minta2 dapat lakukannya kerana tanpa pernyataan masalah tidak mungkin dapat mencari sebab kukuh untuk mengkaji topik Ifa nanti. Semoga semua teman2 juga dapat lakukan yang terbaik untuk disertasi. All the best, Insya Allah.

Telah lama tidak mencoret rasa suka duka mahupun segala kisah kerana beberapa sebab, jadi hari ini Ifa luangkan masa. Tamat sudah(12 Nov.09) peperiksaan semester pertama sesi akademik 2009/10 bagi pelajar MISDEV dan juga pelajar di USM. :)

Bercerita dulu tentang hari lahirku pada 25 Okt.09 yg lepas. Ifa tak pulang meraikan di kampung bersama keluarga kerana sibuk sedikit dengan persediaan proposal disertasi utk dihantar kpd Dr. Zaini. Seperti tahun2 lalu, Ifa akan meraikan bersama mak dan abah walaupun hanya sekadar minum kopi bersama-sama tapi tetap meriah dan gembira. Kali ini Ifa diraikan oleh Inke, Puti, Shikin, dan Aimi dengan penuh kejutan sehingga Ifa kaku melihat kemunculan kek (sememangnya teruja sbb Ifa 'hantu kek') Terima kasih teman-teman sekalian. Ifa begitu gembira dan pastinya menjadi kenangan amat indah utk diabadikan dalam hidup.Apakah hadiah hari lahir Ifa??? Itulah selalu ditanya oleh semua orang....hehehe...apa Ifa nak jawab? Susah hati nak menjawab persoalan ini. Biarlah rahsia...ups...bolehkah begitu? Sebenarnya sebab tiada apa hadiah pun... huhuhu...!(Percaya tak???)

Sekian dahulu kisah untuk coretan kali ini...erm..skemanya!! macam tulis surat kepada seseorang...haha...apa-apa saja lah. Asalkan lain kali kita berjumpa lagi...Insya ALLAH.
P/S Dan untuk perancangan cuti semester kali ini, Ifa memang ada banyak perancangan...apakah akan benar2 tercapai, Insya ALLAH. Ifa teringin nak pergi berjalan2 ke Kelantan dan Terengganu tapi...@$#%^*&%$#@!@#

Belum terlambat mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang meraikannya. Maaf zahir dan batin. Yang dekat diraikan yang jauh diingati. Amalan kunjung mengunjungi sesama muslimin tak kiralah di mana-mana saja pasti dilakukan oleh semua. Semoga hubungan silaturrahim makin erat dan mesra sepanjang zaman.
**Sedikit kisah ttg Aidilfitri**
Hari ini Ifa ingin bercerita tentang kenangan manis berhari raya bersama ahli keluarga. Mungkin pelik bunyinya tapi pada tahun ini ifa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana emak dapat meraikan hari raya pertama bersama kami sekeluarga. Emak yang bekerja di syarikat swasta jarang dapat cuti pada hari raya. Jika emak tak dapat cuti, Ifa adalah 'ibu' kepada adik2 yang tiga itu untuk memastikan segala urusan pada pagi syawal berjalan lancar. Adik yang bongsu lah paling kasihan kerana terpaksa berdepan kakak-kakak yang bermacam-macam ragam terutama pada waktu pagi. Pasti riuh rendah juga rumah walaupun pada suatu ketika terdengar rintihan adik2 berasa sedih. Namun, Ifa sering mengingat diri dan adik2 bahawa kita patut bersyukur kerana petang nanti emak dan abah pasti akan pulang juga. Kita harus melihat jiran2 dan orang lain yang mungkin nasibnya jauh lebih teruk daripada kita. Alhamdulillah, adik2 Ifa memahaminya walaupun pasti ada rasa sebak di dada.
Pada tahun ini, Ifa hanya beraya secara sederhana dan tak pulang ke Langkawi iaitu rumah nenek tersayang. Ifa juga tak beraya di rumah keluarga angkat abah di Alor Star pada hari pertama Aidilfitri kali ini. Kami menggunakan sepenuhnya masa untuk beraya sekeluarga kali ini. Emak, Ifa, dan adik pergi mengunjungi rumah jiran dan sanak saudara di sekitar rumah.
Setiap kali Aidilfitri, Ifa pasti pergi ke rumah tok guru yang pernah mengajar Ifa mengaji al-Quran. Amalan tradisi Ifa adalah wajib membawa bersama sepinggan kuih raya ke rumah tok guru pada hari raya. Seingat Ifa tradisi ini telah Ifa amalkan sejak kecil lagi. Abah akan pastikan Ifa bawa kuih. Kini, atas kesedaran sendiri pula kerana Ifa akan rasa sangat tak selesa dan luar biasa jika ke rumah tok guru tanpa sepinggan kuih raya. Ifa pasti akan bawa kuih raya bukan bihun sup, laksa, nasi lemak, atau apa-apa saja. Itulah yang Ifa sendiri hairan dan tertanya2. :)
Aidilfitri kali ini amat bermakna kerana Ifa dapat mengunjungi seorang ustaz. Beliau pernah mengajar Ifa(SPM 2002). Akhirnya Ifa dapat bertemu dengannya setelah terputus hubungan(mcm jejak kasih pula, huhuhu...) Ustaz masih mengenali Ifa dengan nama penuh pula tu. I'm so happy and shocked! Ifa diraikan dengan penuh gembira oleh ustaz sekeluarga. Walaupun Ifa tak lalu makan mi kuah, Ifa berselera pula di rumah ustaz. Hairan..hairan.. :-? Ustaz masih seperti dulu, suka menyakat anak didiknya, suka mengusik, dan sentiasa membimbing walaupun ketika pertemuan kali ini...Ustaz kata...Inilah anak murid yang paling "diam"(bising) dlm kelas. Hahaha....ustaz, ustaz..! Sebelum pulang..."ni dah tau rumah mai la lagi nanti, bila-bila senang mai la"... Ifa hanya mengiyakan dengan sekuntum senyuman & Insya Allah :-) Pesanan daripada ustaz sekeluarga. Terima kasih, ustaz..! I do appreciate you...
Dalam gembira pasti ada duka. Ifa sedih kerana tak pulang ke kampung bapa... Insya Allah ada peluang Ifa pasti akan pergi sana.
Ifa juga menerima tetamu yang turut menumpang kasih dan beraya bersama Ifa sekeluarga. Teman-teman(USM) dari Sabah datang beraya dan bermusafir selama tiga hari. Mereka tak dapat pulang ke kampung halaman. Mereka melahirkan rasa gembira & syukur krn dapat merasai suasana beraya di kampung walaupun keluarga Ifa tiada pengalaman mengacau dodol. Hehehe... :^) Lebih baik dari meraikan Aidilfitri seorang diri di desasiswa masing-masing.
Pada 29 Sept.09(Selasa) Keluarga MISDEV09 telah mengadakan majlis hari raya secara kecil-kecilan namun tetap 'happening'... Beraneka kuih raya dibawa oleh semua pelajar. Alhamdulillah, murahnya rezeki kami. Mmm, Kenyang..! Terima kasih kepada semua pihak yang hadir pada majlis tersebut.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Alhamdulillah, kereta yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari telah dibaiki walaupun masih belum lengkap sepenuhnya lagi. Ifa pulang baiki kereta di Kedah kerana telah biasa dengan sebuah kedai servis kereta di Alor Star. Harganya agak murah berbanding di Pulau Pinang ini. Selain itu, alasan untuk balik ke kampung bertemu keluarga yang dirindui selalu. Walaupun agak dekat dengan Pulau Pinang, Ifa masih jarang pulang ke kampung.
Ifa juga sudah lama tak menaiki bas awam. Tak sangka semasa pulang ke kampung pada hari Sabtu yang lalu Ifa dapat menaiki bas dari Shahab Perdana ke Pendang. Dalam perjalanan lebih sejam itu terasa begitu cepat pula masa berlalu. Melihat indahnya pemandangan negeri jelapang padi yang kaya dengan sawah padi...nun..hijau mata memandang begitu mengujakan.
Hmmm... Fikiran ini melayang jauh sekali sepanjang perjalanan tersebut. Memanglah satu hobi Ifa adalah berangan-angan walaupun memang tahu tak baik angan kerana nanti jadi suatu pekerjaan yang sia-sia. Emak juga selalu berpesan begitu. Namun, Ifa ada alasan dan pegangan tersendiri tentang berangan-angan ini.
Sejak dari kecil perangai berangan-angan ini sudah dipraktikkan kerana Ifa suka melihat pemandangan. Semasa melihat itulah, fikiran akan melayang jauh dan fikirkan tentang pelbagai perkara. Sudah tentulah melihat indahnya ciptaan Allah S.W.T ttg alam ini. Ifa tetap mengakui bahawa tak baik untuk bersikap begitu tapi kerana angan-anganlah Ifa berada di bumi USM ini.
Oh ya, seperti dah berlari topik pula pada perenggan terdahulu...
Hmm......Sebaik saja bas berhenti di Pekan Rabu, Ifa tiba-tiba jadi sangat hiba. Kenapa perasaanku seperti terlalu sebak di perhentian ini???
Rupa-rupanya, Ifa seolah 'ternampak' Ifa sedang menunggu bas di tempat duduk hentian itu beberapa tahun lalu. Terlalu banyak kenangan di Pekan Rabu ini. Kenangan semasa Ifa masih tak mampu untuk menjadi seperti hari ini, Ifa pernah bekerja sebagai jurujual di beberapa butik yang terletak di City Point, A.Star pada usia yang begitu muda. Demi membuktikan bahawa Ifa takkan mengalah dengan kesusahan hidup, Ifa tabahkan diri hadapi segalanya. Ifa bersyukur dengan apa-apa yang ada dan segala anugerah Allah kpd Ifa. Kisah masa lalu itulah yang mendidik Ifa menjadi berdikari dan sentiasa berhati-hati. Kisah lalu itulah yang menjadikan diri ini bercita-cita.
Sikap orang kita suka memandang rendah kpd seseorang bahawa seolah tiada lagi peluang utk ia maju dalam hidup banyak memberi pengajaran kpd Ifa. Semua itu Ifa alami ketika bekerja di butik yang dimiliki oleh seorang usahawan wanita. Entahlah, mungkin kita hanya lepasan sekolah maka kita sering dipandang rendah dan dimalukan sesuka hati. Adakah ini sebagai kategori baik sangka dan buruk sangka???
Seperti kata Prof.Muhammad Syukri, baik sangka dan buruk sangka tak sepatutnya ada dlm diri kita. Walaupun kita baik sangka kemungkinan kita boleh jadi buruk sangka pada masa sama. Sebab itu, Ifa berharap Ifa tak menjadi seorang yang memandang buruk sangka kpd orang lain baik kpd yang setaraf, lebih bertaraf, atau yang lebih rendah taraf tanpa kira apa-apa segi sekalipun. Ya Allah ampuni daku...! Ifa suka berkawan dengan semua, Insya ALLAH.
Di hentian bas Pekan Rabu jugalah menjadi tempat Ifa berangan-angan semasa menunggu bas selama kadang-kadang hampir dua jam. Biasalah bas awam memang begitu. Kita kena tunggu bas bukan bas tunggu kita. Teringat pula...' Ilmu itu bukan ditunggu tapi penuntut yang menunggu ilmu itu'. Lebih kurang begitulah bunyinya.
Begitulah kenangan semasa menaiki bas beberapa hari lalu. Selain itu, telefon Ifa juga telah jatuh dan hilang semasa hendak turun di perhentian bas Pendang. Puas Ifa mencari tapi memang tiada rezeki. Pastinya peristiwa itu amat beri kesan kepada Ifa selepas sekian lama tak naik bas awam. Mungkin juga kerana kecuaian diri ini.
Apapun, setelah tiba di rumah, Ifa rasa gembira kerana dapat berbuka dengan nasi goreng yang telah dimasak oleh emak. Kalau di USM ni, memang susah selera ini untuk 'jatuh hati' dengan nasi.hahaha....tapi sebab emak yang masak(emak memang jarang masak sebab seluruh famili telah biasa dengan air tangan seorang bapa!) Ifa makan juga.Alhamdulillah kenyang...sangat.Terima kasih emakku sayang...!

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan…

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pd bulan Ramadhan penuh keberkatan ini.Pada setiap kali menjelangnya bulan mulia ini, Ifa pasti tak lupa akan sebuah kisah yang boleh dijadikan pengajaran untuk sepanjang hayat ini….

Mmmm….Sedapnya oren F&N tu…!

Pada suatu hari sabtu bulan Ramadhan 2002 yang lalu, dua orang gadis baru saja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Mereka dikenali di sekolah dgn nama Zizi dan Fafa.Oleh sebab baru mendapat lesen motor maka mereka berhajat untuk ke sekolah mengambil buku teks yang tertinggal di asrama sekolah dengan bermotosikal.Lebih kurang jam 12.00 tgh hari, selesailah membeli-belah di pasar tani berhampiran sekolah.Antara barangan yang dikirim oleh bapa Fafa adalah air oren bikarbonat F&N.Cuaca pada hari itu panas sekali.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, lebih kurang 6km kedua-dua sahabat ini bercerita tentang pelbagai perkara. Antaranya peperiksaan terakhir SPM iaitu mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah tentang puasa, cuaca yang panas, balasan Allah kpd umat Islam, ganjaran kpd mereka yang berpuasa, niat…

Sebagai remaja, tak terlepas untuk perkara nakal walaupun tahu hukumnya tapi masih terdetik pula suatu perkara di minda mereka....tentang niat!...

“Panasnya cuaca tengah hari ini, kalaulah dapat minum air oren tu kan sedap…,hehehe”

“Fafa, niat nak ke... saja main-main tu???....hmm hmm…erm….&^%$$##@@...

Tak sangka kedua-duanya begitu berminat dengan air oren tu…sampai mereka sanggup berangan-angan untuk cari tempat lapang untuk ****…!Masya Allah…Tapi…nak **** dgn air oren ni?...tanya FaFa kpd Zizi.

Belum sempat menjawab soalan itu, tiba-tiba….gedebushhhhhh….!!!!......%$^$##$^%$##@!!!#$$%%...

Nak tahu kenapa???...
Kedua-dua sahabat itu telah dilanggar kereta di simpang kedua sebelum sampai di kampung mereka.Orang kampung membantu dan pemandu kereta tadi membawa mereka ke klinik swasta di pekan berkenaan.

Pemandu kereta bertanya kepada Fafa dan Zizi nak minum atau tidak sebelum makan ubat yang tlh diberikan oleh doktor.Fafa dan Zizi pun terdiam kerana mereka malu untuk minum di klinik itu walaupun sedang menahan sakit.Fafa dan Zizi cuba bercerita sesama mereka tentang peristiwa sebelum kemalangan itu.

Beberapa minit kemudian, bapa Zizi datang ke klinik untuk menjemput mereka lalu terus menghulurkan dua botol air….serentak mereka berkata, ”hah, apa???”.

Terkejut lagi Fafa dan Zizi kerana air yang sedang dihulurkan itu adalah air oren F&N…!!! Fafa dan Zizi berpandangan antara satu sama lain…sambil tersenyum dan pipi kemerahan kerana malu dgn diri sendiri dan menahan kesakitan.

Dalam diam…mereka berbisik bahawa Allah itu Maha Agung. Bulan Ramadhan juga bulan yang mudah diperkenankan segala hajat umat-Nya dan barang siapa yang berbuat sesuatu pasti akan dapat balasan atau pahala setimpal. Hal ini ternyata apabila Dia memberi kita dua perkara. Kita dapat minum air oren tapi pada masa sama kaki dan tangan luka serta bengkak akibat kemalangan sebentar tadi. Adakah disebabkan oleh niat atau kata-kata yang terkeluar dari Fafa dan Zizi…? Mereka terfikir benarlah kata ustaz Muhammad Zakaria(ustaz kesayangan Fafa)…kita kena menjaga setiap tutur kata pada bulan Ramadhan ini bimbang menjadi niat tanpa kita sedari.

Kedua-duanya teringat kpd satu
hadis riwayat Bukhari dan Muslim…’Dari Amirul Mukminin Abi Hafs Umar bin al-Khattab r.a beliau berkata,”Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya semua amalan diukur dengan niat, sesungguhnya setiap orang dinilai mengikut niatnya. Sesiapa berniat berhijrah semata-mata kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berniat hijrahnya kerana keduniaan, dia akan hanya dapat faedah-faedah keduniaan, atau berniat hijrahnya untuk mengahwini perempuan, maka hijrahnya mengikut apa-apa yang diniatnya”.

Kesimpulannya, pada bulan ini hamba-Nya akan diuji dengan pelbagai ujian. Namun, pada bulan lain pun masih diuji juga tetapi bulan Ramadhan sangat banyak peristiwa penting telah berlaku dalam sejarah Islam seperti turunnya al-Quran.

Dan bagi Ifa, peristiwa air oren F&N itu sentiasa abadi dalam ingatan. Seperti pesan Prof. Muhammad Syukri dlm tazkirah yang lalu, kita mesti berpuasa dengan tiga perkara…dan salah satu daripadanya ialah berpuasa tujuh anggota(mata, telinga, mulut, perut, hati, kaki & tangan). Semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T dengan penuh keredhaan. Amin…

P/s: Cerita ini adalah pengalaman dua insan tetapi nama mereka diubahsuai. Segala kekurangan dan kekhilafan, Ifa memohon maaf. Cerita ini adalah sebagai renungan bersama dan luahan isi hati Ifa semata-mata. SELAMAT BERPUASA.