Aefanasha

Welcome to Aefanasha's home...'Journey of Life' "Allah menguji manusia itu dengan kenikmatan dan keperitan...ada kala kita merasainya serentak dan redhailah ujian-Nya krn pasti akan hadir hikmah di sebalik yang tersirat itu. Segalanya kuterima..."

My Clock (ASSALAMMUALAIKUM W.B.T)

Sudah lama diri ini tak pulang ke kampung tokwan tersayang... Kali terakhir bertemu semasa tamat belajar Bachelor dulu...kini dah semester kedua belajar Misdev.

Semasa Ifa pulang ke Langkawi tokwan sdg sakit tenat di sana dan apabila Ifa tiba sahaja, alhamdulillah hari kedua Ifa nak melawatnya, beliau telah dibenarkan pulang...sebetulnya, tokwan menanti Ifa yg sedang berjuang dlm peperiksaan akhir semester di USM.Hari keempat Ifa baru dpt pulang menjenguk tokwan tapi hari kelima dah dpt bawa pulang beliau dari hospital ke rumahnya...Alhamdulillah.

Kenapa pentingnya tokwan dlm hidup Ifa...? Setiap kali ada peperiksaan kpd tokwanlah tempat Ifa mengadu bila2 masa pun...pasti Ifa akan menghubunginya... walaupun dah hampir 3pg...Ifa mesti akan menghubunginya semata2 kerana kegelisahan yg Ifa tanggung utk hadapi peperiksaan selain 'urusan' dengan Allah.Sejak belajar sekolah menengah dulu lagi, tokwan pasti akan beri kata2 semangat utk Ifa jalani hari2 genting itu. Tokwan tetap memahami subjek yang Ifa ambil walaupun pada zaman pengajiannya tiadalah subjek moden spt masa kini.Maklumlah kehidupan semasa penjajahan British dan Jepun...dulu tentulah berbeza seperti hari ini, kan.Oleh sebab Ifa kurang suka makan nasi, apabila nak periksa saja tokwan akan pesan kena makan nasi baru boleh jawab nanti. Itulah pesanan yang takkan mungkin Ifa lupa sehingga bila-bilapun.

Beberapa hari lepas adik Ifa telah menghubungi Ifa dengan menyatakan Tokwan sedang sakit dan sangat sedih melihat keadaannya. Walaupun ada kemudahan untuk bertelefon tapi masih susah untuk berbual dengannya kerana telefon bimbit tak pernah ada di tangan tokwan. Ada saja pihak yang memegangnya. Sebagai manusia biasa, tentulah Ifa mesti tidak buruk sangka. Apapun, suatu masa Ifa pasti akan menjenguk tokwan. Insya Allah. Ifa doakan tokwan sihat sejahtera kerana tokwan adalah orang penting untuk Ifa dalam mengejar cita-cita ini selain mak dan abah serta penjaga tersayang.

Ifa tahu sekiranya tokwan ada kekuatan, pasti tokwan akan datang menjenguk Ifa di kampus ini setiap kali tokwan datang ke Pulau Pinang. Tokwan faham situasi Ifa sebagai pelajar. Paling Ifa terharu tokwan pasti akan hubungi Ifa supaya Ifa tahu kehadirannya dan nak ikut Ifa pergi ke mana-mana saja. Dalam diam tokwan merahsiakan bahawa cucu kesayangannya akan berjumpa dengannya di luar pengetahuan teman-teman dan anak saudaranya yang berada bersama ketika itu. Yang pastinya, mereka akan terkejut Ifa tiba-tiba muncul bersalaman dengan tokwan. Itulah kasih sayang tokwan kpd cucu perempuan sulongnya.

Ifa sedang sakit saat ini, Ifa terkenangkan dia. Ifa tahu sakit yang dilanda ini adalah isyarat bahawa Ifa rindu tokwan, rindu mendengar nasihat dan pengajarannya. Walaupun Ifa bukanlah ustazah seperti yang tokwan harapkan, tapi tokwan memahami bahawa dunia Ifa adalah kehidupan yang serba moden. Namun, Ifa haruslah bijak mengatur kehidupan agar diredhai Allah. Cita-cita Ifa tak pernah dhalang oleh beliau asalkan masih dlm redha-Nya.

Dulu, Ifa pernah berjanji dengan tokwan tentang sesuatu... Usia Ifa masih mentah dulu, Ifa sudah dapat tempat di hati tokwan untuk menyimpan segala rahsia keturunan keluarga. Kepercayaannya terhadap Ifa tinggi sekali. Ifa selalu berangan tokwan ada selalu sepanjang kehidupan Ifa. Walau bagaimanapun, Ifa sedar bahawa kehidupan ini bukanlah selamanya di dunia. Namun, Ifa selalu berharap tokwan dapat melihat Ifa dlm pakaian jubah kejayaan beserta segulung Ijazah. Semoga Allah panjangkan usiamu...aku rindu padamu..!

p/s: nukilan ini adalah luahan hati tiada tujuan apa2...segalanya kuterima.