Aefanasha

Welcome to Aefanasha's home...'Journey of Life' "Allah menguji manusia itu dengan kenikmatan dan keperitan...ada kala kita merasainya serentak dan redhailah ujian-Nya krn pasti akan hadir hikmah di sebalik yang tersirat itu. Segalanya kuterima..."

My Clock (ASSALAMMUALAIKUM W.B.T)

Alhamdulillah, kereta yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari telah dibaiki walaupun masih belum lengkap sepenuhnya lagi. Ifa pulang baiki kereta di Kedah kerana telah biasa dengan sebuah kedai servis kereta di Alor Star. Harganya agak murah berbanding di Pulau Pinang ini. Selain itu, alasan untuk balik ke kampung bertemu keluarga yang dirindui selalu. Walaupun agak dekat dengan Pulau Pinang, Ifa masih jarang pulang ke kampung.
Ifa juga sudah lama tak menaiki bas awam. Tak sangka semasa pulang ke kampung pada hari Sabtu yang lalu Ifa dapat menaiki bas dari Shahab Perdana ke Pendang. Dalam perjalanan lebih sejam itu terasa begitu cepat pula masa berlalu. Melihat indahnya pemandangan negeri jelapang padi yang kaya dengan sawah padi...nun..hijau mata memandang begitu mengujakan.
Hmmm... Fikiran ini melayang jauh sekali sepanjang perjalanan tersebut. Memanglah satu hobi Ifa adalah berangan-angan walaupun memang tahu tak baik angan kerana nanti jadi suatu pekerjaan yang sia-sia. Emak juga selalu berpesan begitu. Namun, Ifa ada alasan dan pegangan tersendiri tentang berangan-angan ini.
Sejak dari kecil perangai berangan-angan ini sudah dipraktikkan kerana Ifa suka melihat pemandangan. Semasa melihat itulah, fikiran akan melayang jauh dan fikirkan tentang pelbagai perkara. Sudah tentulah melihat indahnya ciptaan Allah S.W.T ttg alam ini. Ifa tetap mengakui bahawa tak baik untuk bersikap begitu tapi kerana angan-anganlah Ifa berada di bumi USM ini.
Oh ya, seperti dah berlari topik pula pada perenggan terdahulu...
Hmm......Sebaik saja bas berhenti di Pekan Rabu, Ifa tiba-tiba jadi sangat hiba. Kenapa perasaanku seperti terlalu sebak di perhentian ini???
Rupa-rupanya, Ifa seolah 'ternampak' Ifa sedang menunggu bas di tempat duduk hentian itu beberapa tahun lalu. Terlalu banyak kenangan di Pekan Rabu ini. Kenangan semasa Ifa masih tak mampu untuk menjadi seperti hari ini, Ifa pernah bekerja sebagai jurujual di beberapa butik yang terletak di City Point, A.Star pada usia yang begitu muda. Demi membuktikan bahawa Ifa takkan mengalah dengan kesusahan hidup, Ifa tabahkan diri hadapi segalanya. Ifa bersyukur dengan apa-apa yang ada dan segala anugerah Allah kpd Ifa. Kisah masa lalu itulah yang mendidik Ifa menjadi berdikari dan sentiasa berhati-hati. Kisah lalu itulah yang menjadikan diri ini bercita-cita.
Sikap orang kita suka memandang rendah kpd seseorang bahawa seolah tiada lagi peluang utk ia maju dalam hidup banyak memberi pengajaran kpd Ifa. Semua itu Ifa alami ketika bekerja di butik yang dimiliki oleh seorang usahawan wanita. Entahlah, mungkin kita hanya lepasan sekolah maka kita sering dipandang rendah dan dimalukan sesuka hati. Adakah ini sebagai kategori baik sangka dan buruk sangka???
Seperti kata Prof.Muhammad Syukri, baik sangka dan buruk sangka tak sepatutnya ada dlm diri kita. Walaupun kita baik sangka kemungkinan kita boleh jadi buruk sangka pada masa sama. Sebab itu, Ifa berharap Ifa tak menjadi seorang yang memandang buruk sangka kpd orang lain baik kpd yang setaraf, lebih bertaraf, atau yang lebih rendah taraf tanpa kira apa-apa segi sekalipun. Ya Allah ampuni daku...! Ifa suka berkawan dengan semua, Insya ALLAH.
Di hentian bas Pekan Rabu jugalah menjadi tempat Ifa berangan-angan semasa menunggu bas selama kadang-kadang hampir dua jam. Biasalah bas awam memang begitu. Kita kena tunggu bas bukan bas tunggu kita. Teringat pula...' Ilmu itu bukan ditunggu tapi penuntut yang menunggu ilmu itu'. Lebih kurang begitulah bunyinya.
Begitulah kenangan semasa menaiki bas beberapa hari lalu. Selain itu, telefon Ifa juga telah jatuh dan hilang semasa hendak turun di perhentian bas Pendang. Puas Ifa mencari tapi memang tiada rezeki. Pastinya peristiwa itu amat beri kesan kepada Ifa selepas sekian lama tak naik bas awam. Mungkin juga kerana kecuaian diri ini.
Apapun, setelah tiba di rumah, Ifa rasa gembira kerana dapat berbuka dengan nasi goreng yang telah dimasak oleh emak. Kalau di USM ni, memang susah selera ini untuk 'jatuh hati' dengan nasi.hahaha....tapi sebab emak yang masak(emak memang jarang masak sebab seluruh famili telah biasa dengan air tangan seorang bapa!) Ifa makan juga.Alhamdulillah kenyang...sangat.Terima kasih emakku sayang...!