Aefanasha

Welcome to Aefanasha's home...'Journey of Life' "Allah menguji manusia itu dengan kenikmatan dan keperitan...ada kala kita merasainya serentak dan redhailah ujian-Nya krn pasti akan hadir hikmah di sebalik yang tersirat itu. Segalanya kuterima..."

My Clock (ASSALAMMUALAIKUM W.B.T)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan…

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pd bulan Ramadhan penuh keberkatan ini.Pada setiap kali menjelangnya bulan mulia ini, Ifa pasti tak lupa akan sebuah kisah yang boleh dijadikan pengajaran untuk sepanjang hayat ini….

Mmmm….Sedapnya oren F&N tu…!

Pada suatu hari sabtu bulan Ramadhan 2002 yang lalu, dua orang gadis baru saja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Mereka dikenali di sekolah dgn nama Zizi dan Fafa.Oleh sebab baru mendapat lesen motor maka mereka berhajat untuk ke sekolah mengambil buku teks yang tertinggal di asrama sekolah dengan bermotosikal.Lebih kurang jam 12.00 tgh hari, selesailah membeli-belah di pasar tani berhampiran sekolah.Antara barangan yang dikirim oleh bapa Fafa adalah air oren bikarbonat F&N.Cuaca pada hari itu panas sekali.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, lebih kurang 6km kedua-dua sahabat ini bercerita tentang pelbagai perkara. Antaranya peperiksaan terakhir SPM iaitu mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah tentang puasa, cuaca yang panas, balasan Allah kpd umat Islam, ganjaran kpd mereka yang berpuasa, niat…

Sebagai remaja, tak terlepas untuk perkara nakal walaupun tahu hukumnya tapi masih terdetik pula suatu perkara di minda mereka....tentang niat!...

“Panasnya cuaca tengah hari ini, kalaulah dapat minum air oren tu kan sedap…,hehehe”

“Fafa, niat nak ke... saja main-main tu???....hmm hmm…erm….&^%$$##@@...

Tak sangka kedua-duanya begitu berminat dengan air oren tu…sampai mereka sanggup berangan-angan untuk cari tempat lapang untuk ****…!Masya Allah…Tapi…nak **** dgn air oren ni?...tanya FaFa kpd Zizi.

Belum sempat menjawab soalan itu, tiba-tiba….gedebushhhhhh….!!!!......%$^$##$^%$##@!!!#$$%%...

Nak tahu kenapa???...
Kedua-dua sahabat itu telah dilanggar kereta di simpang kedua sebelum sampai di kampung mereka.Orang kampung membantu dan pemandu kereta tadi membawa mereka ke klinik swasta di pekan berkenaan.

Pemandu kereta bertanya kepada Fafa dan Zizi nak minum atau tidak sebelum makan ubat yang tlh diberikan oleh doktor.Fafa dan Zizi pun terdiam kerana mereka malu untuk minum di klinik itu walaupun sedang menahan sakit.Fafa dan Zizi cuba bercerita sesama mereka tentang peristiwa sebelum kemalangan itu.

Beberapa minit kemudian, bapa Zizi datang ke klinik untuk menjemput mereka lalu terus menghulurkan dua botol air….serentak mereka berkata, ”hah, apa???”.

Terkejut lagi Fafa dan Zizi kerana air yang sedang dihulurkan itu adalah air oren F&N…!!! Fafa dan Zizi berpandangan antara satu sama lain…sambil tersenyum dan pipi kemerahan kerana malu dgn diri sendiri dan menahan kesakitan.

Dalam diam…mereka berbisik bahawa Allah itu Maha Agung. Bulan Ramadhan juga bulan yang mudah diperkenankan segala hajat umat-Nya dan barang siapa yang berbuat sesuatu pasti akan dapat balasan atau pahala setimpal. Hal ini ternyata apabila Dia memberi kita dua perkara. Kita dapat minum air oren tapi pada masa sama kaki dan tangan luka serta bengkak akibat kemalangan sebentar tadi. Adakah disebabkan oleh niat atau kata-kata yang terkeluar dari Fafa dan Zizi…? Mereka terfikir benarlah kata ustaz Muhammad Zakaria(ustaz kesayangan Fafa)…kita kena menjaga setiap tutur kata pada bulan Ramadhan ini bimbang menjadi niat tanpa kita sedari.

Kedua-duanya teringat kpd satu
hadis riwayat Bukhari dan Muslim…’Dari Amirul Mukminin Abi Hafs Umar bin al-Khattab r.a beliau berkata,”Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya semua amalan diukur dengan niat, sesungguhnya setiap orang dinilai mengikut niatnya. Sesiapa berniat berhijrah semata-mata kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berniat hijrahnya kerana keduniaan, dia akan hanya dapat faedah-faedah keduniaan, atau berniat hijrahnya untuk mengahwini perempuan, maka hijrahnya mengikut apa-apa yang diniatnya”.

Kesimpulannya, pada bulan ini hamba-Nya akan diuji dengan pelbagai ujian. Namun, pada bulan lain pun masih diuji juga tetapi bulan Ramadhan sangat banyak peristiwa penting telah berlaku dalam sejarah Islam seperti turunnya al-Quran.

Dan bagi Ifa, peristiwa air oren F&N itu sentiasa abadi dalam ingatan. Seperti pesan Prof. Muhammad Syukri dlm tazkirah yang lalu, kita mesti berpuasa dengan tiga perkara…dan salah satu daripadanya ialah berpuasa tujuh anggota(mata, telinga, mulut, perut, hati, kaki & tangan). Semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T dengan penuh keredhaan. Amin…

P/s: Cerita ini adalah pengalaman dua insan tetapi nama mereka diubahsuai. Segala kekurangan dan kekhilafan, Ifa memohon maaf. Cerita ini adalah sebagai renungan bersama dan luahan isi hati Ifa semata-mata. SELAMAT BERPUASA.

Assalamualaikum…dan salam sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….Bersyukur ke hadrat Illahi krn Ifa dapat keizinan drp Allah untuk menyediakan laman blog ini.Terima kasih kpd Prof.Muhammad Syukri Salleh memberi galakan dan rakan-rakan yang sudi membantu dalam menyiapkan laman tidak seberapa ini.Ifa berharap agar dapat berkongsi ilmu pengetahuan untuk memperbaiki mutu penulisan, pengolahan, dan penjanaan idea dalam arena ini.

Sekian, terima kasih.